Rabu, 5 April 2017

Motivasi Sikit.......

Sambil-sambil cari ilham pagi ni........

Ok, just bagi yang pernah melawat FB fanpage saya sudah pasti anda pernah saksikan koleksi video motivasi yang saya subscribe dari channel 'Be Inspired'. Kadang-kadang dikala saya tengah 'down', dengan menonton video-video seperti ini ianya adalah satu keperluan kepada jiwa saya. ianya satu terapi minda paling berkesan untuk mencari balik 'Semangat Yang Hilang' itu.

Motivasi diri ni adalah sesuatu yang sentiasa diperlukan oleh jiwa setiap dari kita. Sebab utama motivasi ni penting adalah kerana....sifat, sikap dan perkara-perkara negatif yang ada pada kita ini sebenarnya bukanlah datang dari orang lain pun. Ia datang dari bahagian gelap jiwa seseorang. 'The Darkside of everybody is just there sitting next beside you'.

Kalau tak pecaya, anda duduk atau berbaring di tengah-tengah malam diatas katil, maka kita mula akan 'berkomunikasi' dengan diri kita sendiri samada dalam keadaan sedar ataupun tidak.

Bila otak kita berfikir tentang sesuatu perkara, dalaman diri kita akan memberi jawapan kepada apa yang kita sedang fikirkan. contohnya;

" Macamana ni, kertaskerja untuk mesyuarat esok tak siap lagi ni"
Diri kita menjawab : ' Alaaaa....tidurla esok sempat lagi ni'

"Tak ada Mood betul nak pergi kerja esok......macamana ni?"
Diri kita menjawab : ' Hmmmm esok pi klinik ambik MC la, alaaa bukannya susah pun'

"Macamana orang tu business dia boleh berjaya hah?"
Diri kita menjawab : 'Alaaa, diaorang dah kaya, bolehla cakap, cuba diaorang kat tempat aku ni.....ahhh, tidur lagi baik'

Daripada 3 contoh tadi, nasihat saya adalah, kita kena 'tune' kan dalaman diri dahulu agar kita sentiasa memberi respon yang positif-positif sahaja terhadap semua perkara, sebab kalau anda dan saya percaya pasti ramai pernah menghadapi perkara yang sama seperti diatas............jika tidak berhati-hati, sebenarnya batu penghalang paling besar untuk anda mengecapi kejayaan adalah DIRI ANDA SENDIRI!

"Always keep yourself motivated"!

Jom layan 1 lagi video that can inspire our life.....sebelum tidur ini. 

Again credit given to 'Be Inspired Channel' for producing such a fantastic video like this.





Tiada ulasan:

Motivasi Sikit.......

Sambil-sambil cari ilham pagi ni........ Ok, just bagi yang pernah melawat FB fanpage saya sudah pasti anda pernah saksikan koleksi video...