Ahad, 26 Mac 2017

6 Sebab Utama Banyak Perniagaan 'Online' Menemui Kegagalan (Part 1)

Tahukah anda hampir 99% daripada peniagaan 'online' menemui kegagalan dan hanya 1% sahaja yang berjaya. Samada anda bersetuju atau pun tidak, maka ini adalah faktanya.
Bagi anda yang baru ingin memulakan perniagaan internet ini sudah tentu anda tidak mahu tergolong dikalangan statistik 99% ini bukan? Hari ini saya akan kongsikan 6 sebab mengapa ramai yang menemui kegagalan di dalam keghairahan untuk berniaga secara 'online' semoga ianya menjadi panduan berguna kepada semua.

1. RAMAI TERJEBAK DENGAN SKIM CEPAT KAYA





Kebiasaannya corak atau patent skim cepat kaya yang terdapat didalam dunia internet ini adalah terlalu Indah!. Gaya pemasaran yang menunjukkan pemilikan kereta-kereta mewah, percutian eksotik, gaya hidup mewah menjadi umpan paling utama bagi mereka yang menjalankan kegiatan ini bagi memancing orangramai untuk menyertainya.


Ini adalah cara paling berkesan untuk memberi keyakinan kepada bakal-bakal peserta, apatah lagi dengan menyatakan bahawa seseorang akan mendapat segala kekayaan hanya dengan menyertai skim tersebut dan dengan hanya menekan satu butang anda akan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda dalam tempoh sebulan atau 2 bulan.....hmmmmm, siapa yang tak nak kaya kan?.

AWAS!....Jika kita ingin berjaya di dalam perniagaan 'online', program-program seperti ini harus kita hindari. Menjana pendapatan melalui internet mengambil masa dan memerlukan usaha yang banyak. Ianya tidak semudah dan secepat seperti yang kita sangkakan. Jadi jangan cepat percaya dengan skim-skim atau program seperti itu.



2. RAMAI BERANGGAPAN MEREKA AKAN DAPAT MENJANA PENDAPATAN TANPA MENGELUARKAN SEBARANG PERBELANJAAN ATAU MODAL.




Untuk menjalankan perniagaan internet atau untuk menjana pendapatan secara 'online' kita perlu mempunyai alat-alat pemasaran yang berkesan dan kebanyakannya adalah tidak percuma!.Kita memerlukan software untuk mendapatkan senarai e-mail bakal pembeli, biasanya kita kenali sebagai 'Autoresponder'. Sekiranya anda peniaga yang serius, anda mungkin memerlukan nama domain dan 'Hosting untuk Laman Web' anda.
Malah jangan lupa, 'MASA' kita di hadapan laptop juga adalah Modal......penggunaan data internet kita juga adalah Modal.
Jadi untuk menjadi peniaga 'online' kita harus berani untuk mengeluarkan modal bagi mempertingkatkan hasilnya. Adat berniaga, jika kita takut untuk mengeluarkan Modal maka perniagaan kita tidak akan kemana.
Tindakan paling bijak sebagai kayu ukurannya, biarlah perbelanjaan/pelaburan kita itu adalah lebih kecil daripada hasil yang diperolehi.
Perniagaan Tanpa Modal - Tidak Benar Samasekali
Perniagaan Dengan Modal Minima - boleh diterima!





Inginkan cara selamat dan mudah mengumpul modal untuk memulakan perniagaan di internet?

Clixsense ; tempat paling mudah untuk mula mengumpul modal .....
Daftar percuma, payment dalam USD 
Klik 'banner' dibawah dan 'sign up' dan mula menjana income anda.
(Lakukan networking  untuk hasil yang lebih cepat dan banyak)

 Be it fulltime or part time....this is the best place for all to start rolling your capital and making your residual income.
Tambah kapsyen










3. RAMAI YANG MENYERTAI SESUATU PERNIAGAAN INTERNET TERLALU CEPAT TANPA MEMBUAT SEBARANG 'CARIAN' TERHADAP SESUATU PERNIAGAAN ATAU PROGRAM.


Pastikan sesuatu program atau perniagaan internet yang kita ingin sertai itu mempunyai produk yang bagus!. Kita beli dahulu, guna dahulu dan cuba dahulu. Selidiki terlebih dahulu sudah berapa lama perniagaan internet (program Affiliates, dropship) ini telah dijalankan. Siasat siapakah pemiliknya atau nama syarikat yang mengendalikannya. Jika anda tidak mengetahui tidak dapat mencari maklumat siapakah pemilik program atau syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut maka, kita harus lebih berhati-hati dalam membuat keputusan menyertainya. Sudah pasti kita ingin menyertai program perniagaan bersama dengan mereka yang boleh dipercayai bukan?.
Kemudian lihat kepada bayaran komisen atau keuntungan yang boleh dijana melalui perniagaan tersebut. Adakah apa yang dijanjikan adalah terlalu INDAH?.....kerana, ditakuti anda akan terjebak dengan point pertama kita diatas, iaitu SKIM CEPAT KAYA!



OK.....Next 3, saya akan sambung lagi dalam Part 2......:-)



Tiada ulasan:

Motivasi Sikit.......

Sambil-sambil cari ilham pagi ni........ Ok, just bagi yang pernah melawat FB fanpage saya sudah pasti anda pernah saksikan koleksi video...